PELAJAR DAN GURU AKAN KE JEDDAH
admin | August 14, 2010 | 4:25 pm | INFO | No comments

Program pengantarabangsaan pelajar akan diteruskan lagi ke negara Republik Saudi Arabia dan Australia. Demikian hasrat Pegawai pelajaran Daerah Johor Bahru Tn Haji Aminudin bin Adam ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penutup Emmersion program di SMK Putra jaya 1 (persint 11).

Semasa di Jeddah pelajar akan dibawa mengikuti pelajaran di salah sebuah sekolah angtarabangsa  di sana. Selepas itu pelajar akan  di bawa mengerjakan ziarah dan umrah di Madinah dan Mekah. Satu Majlis Khatam alquran akan di adakan di sana yang akan di ketuai oleh seorang syaikh di Masjidil Haram.

PROGRAM PENGANGTARABANGSAAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU.
admin | August 14, 2010 | 4:08 pm | INFO, TRAVELOG | No comments

Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru telah mengadakan satu aktiviti yang sangat menarik iaitu Emmersion programme di SMK Putra Jaya 1 (Persint 11) dan SK Putra Jaya 1 (persint 11). Seramai 58 orang pelajar terlibat yang terdiri daripada pelajar sekolah kebangsaan dan pelajar sekolah menengah.

Kumpulan pelajar ini diberi beberapa pendedehan di dalam negara  sebelum mereka bertolak ke negara Brunai Darul salam pada bulan Oktober nanti.

Gambar-gambar sekitar lawatan ke Jakarta.
admin | July 20, 2010 | 9:22 pm | TRAVELOG | No comments

Sejurus tiba di Jakarta.

En.Fadzlillah suami pn Hjh Mariam,Ust Maalim dan En.Husin Pk Hem EC

Sarapan pagi bersama pegawai PPD Johor Bahru,En Aziz How dan En.Nordin di Hotel Istana Kota Bandung.

Ini adalah salah satu Kawah Gunung Berapi yang telah meletup. Terletak di puncak bukit di Tengkuban Perahu, kira-kira satu jam perjalanan dari Kota Bandung

Hotel 5 star tempat kami menginap di Jakarta.

Rumah Minang di Mini Indonesia

Gambar rombongan PK Hem daerah Johor Bahru ke Jakarta dan Bandung diketuai oleh En.Maalim Pk Hem Tasek Utara 2.

BAHAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
admin | July 18, 2010 | 12:13 am | BAHAN KURSUS | No comments

Bahan  yang telah disampaikan di dalam kursus di SMK Tasek Utara 2.

ldp maalim

BAHAN KURSUS PROTOKOL DAN IMEJ DIRI
admin | July 17, 2010 | 11:44 pm | Umum | No comments

Selalunya kita akan berasa kekok kalau kita tidak tahu adat sesuatu tempat,tapi kita akan lebih confident jika kita mengentahui adat dan aturannya. Bak kata pepatah “masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang harimau mengaum”

Berikut adalah bahan yang boleh dikongsi bersama.

PROTOKOL & IMEJ DIRI Guru(maalim)

TRAVELOG KE KOTA BANDUNG DAN JAKARTA.
admin | June 10, 2010 | 11:40 pm | TRAVELOG | No comments

Pakej telah berjaya dilaksanakan. Tahniah kepada semua peserta yang mengikuti rombongan tersebut. Tahniah juga kepada pihak syarikat pelancongan iaitu Rajawali Bintang Travel & Tours. Sangat seronok dan penuh dengan pengalaman baru.

Next trip akan di atur. Mungkin ke Mekah dan Madinah mengunjungi rumah Allah dan menziarahi Makam Rasul. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah mempermudahkan segala perancangan.

MAKLUMAN WAKTU BERLEPAS KE JAKARTA
admin | May 31, 2010 | 11:56 pm | INFO | No comments

Kepada peserta lawatan ke Jakarta dan Bandong pada 5,6,7, & 8 Jun 2010

Sila ambil perhatian.

1. Sila pastikan Passport dibawa bersama dan masih relevan.

2. Berat Luggage 20kg seorang

3. Mata Wang dalam bentuk Rupiah , tukar kat Malaysia lebih baik.

4. Tarikh bertolak pada 5 Jun 2010 (sabtu) – Berkumpul 10.30 pagi  di Airport   Senai Johor Bahru . Berlepas Jam 12.10 pagi.

5. Taklimat ringkas akan disampaikan pada jam 11.00 pagi oleh pihak travel agency.

pertanyaan lanjut sila hubungi Ust maalim 019 7588 779 , 012 7267 664

Terima kasih

JADUAL PERJALANAN

5 Mei 2010

10.30 pagi   : Berkumpul di Lapangan Terbang Senai. Johor

Transit KLIA  -  kemudian berlepas ke Jakarta

Dijemput di Sukarno Airport dan dibawa ke ITC Cempaka Mas.

Makan Malam di Restoran Padang.

Bersiar- siar sekitar Jakarta.

Bertolak ke Bandong dan dijangka sampai pada pukul 22.00.

6. Mei 2010

Selepas Sarapan bertolak ke Tangkuban Perahu

Makan siang di Kampung Daun, Pasar Baru.

Terus ke Rumah Moda dan makan malam di D’Cost.

Shoping di Factory Outlet di Cihampelas

Bertolak ke Jakarta sekitar jam 10.00mlm

Tempat penginapan : Royal Regal Hotel di Mangga besar JI,

Taman Sari.

7 Jun 2010

Sarapan pagi.

Bertolak ke Taman Mini Indonesia, Masjid Agung Istiqlal.

Makan Siang ( Padang Resto) Monas, Tanah Abang dan

Mangga 2.

Makan Malam

Royal Regal Hotel di Mangga besar JI, Taman Sari

8 Jun 2010

Sarapan pagi

Bertolak Ke Jakarta Sukarno Airport.

Dijangka sampai di Senai airport pada pukul  15.45

PESERTA PROGRAM LAWATAN KE INDONESIA
admin | May 18, 2010 | 12:27 pm | INFO | No comments

Para peserta yang belum mempunyai pasport dikehendaki menyediakan 2 keping gambar berukuran pasport untuk membuat pasport kelompok

DATA SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM) VERSI 4.0
admin | April 22, 2010 | 11:48 am | Uncategorized | No comments

Semua sekolah (SR & SM) perlu menghantar DATA TERKINI sekolah masing-masing ke Unit HEM, PPD Johor Bahru pada atau sebelum hari RABU 28.04.2010 melalui sistem online di http://www.johordt.gov.my/ppdjbahru/unit/hem/esmm.htm

Sila pastikan data SMM v4 yang hendak dihantar telah di installkan dengan patch file dan data berkenaan telah dibuat semakan melalui Lampiran Pengesahan dan menu semak yang baru iaitu

* semak bantuan KPM bertindih
* semak bantuan Agensi bertindih
* semak tanpa sebarang bantuan KPM
* semak tidak menerima SPBT

Maklumat berkaitan patch sila layari laman web berikut http://hemjpnpp.blogspot.com/

Jika ada pertanyaan sila hubungi bahagian teknikal SMM daerah, En. Mohd. Nor Ismail Bin Mohd. Said (Pegawai Khas Ko-Akademik, PPD JB) di talian 072266345.

Patch SMM (22) – klik utk muat turun

Tindakan : GPK. HEM / Guru Data SMM

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Pembantu Koko Akadem

PENYERAHAN SESALINAN SIJIL KURSUS JATI DIRI DAN SURAT RAYUAN BERSEKOLAH SEMULA
admin | April 21, 2010 | 9:06 am | Uncategorized | 1 Comment

Bagi Kemasukan pelajar Rayuan Bersekolah Semula pada 19 April 2010(Isnin), Pihak Kaunter Pertukaran menghadapi kesulitan berikutan kerosakan mesin photostat. Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk menyerahkan sesalinan Sijil Kursus Jati Diri (11 April – 14 April 2010) dan Surat Rayuan Bersekolah Semula (bagi pelajar tuan/puan yang terlibat) ke Kaunter Pertukaran, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru seberapa segara. Kerjasama tuan/puan didahului ucapan terima kasih.

Tindakan : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : WAN ABDULLAH BIN WAN AHMAD | Pegawai Khas Menengah